Wednesday, 30 November 2016

Tanda tanda pregnant

Hi guys,

Alhamdulillah I am now 8-week pregnant. Tiba tiba sangatkan dah pregnant. Walhal last update still cakap pasal kad kahwin. Haha 

Me and my husband pun sungguh sungguh tak sangka sebabnya, kita dua tergolong dalam golongan LDR, and jumpa hanyalah sebulan sekali. Sepanjang kita berkahwin, kita baru jumpa dua kali. Tu lah Alhamdulillah Allah murahkan rezeki kami. 

Disebabkan tanda tanda setiap orang dapat kesan dia mengandung ni berbeza, so, I nak tulis lah pengalaman I mana tahu, mungkin ada dalam ramai ramai orang ni ada tanda tanda yang sama macam I. Sebab, masa I macam confuse confuse I ni patut buat ujian UPT test ke tak, I banyak sangat google baca dekat blog blog pengalaman orang lain. Bila dah baca banyak banyak article and blog, I jadi cuak pun ada. Tapi I redah je and dah redha dah kalau keputusan UPT negatif. 

Ok, actually, I punya period cycle macam tak betul sangat. But! I tetap akan period. Cuma period cycle I macam kelam kabut sikit. Sekejap cepat, sekejap lambat. I selalu record I punya period guna satu apps ni nama dia 'Period Diary'. So, beberapa hari sebelum tarikh 'Period Diary' ni estimate I akan period, I akan dah mula rasa tanda tanda macam nak period. Contohnya, makan macam hantu, rasa malas betul and rasa macam darah tu akan keluar, but tak keluar keluar. So, I just assume, "Ok dah nak period".

Tapi tunggu punya tunggu, tak period period. Usually if dah muncul tanda tanda tu, dalam 2-3 hari je mesti dah keluar. So, bila dah 1 hari lambat, I terus pergi check guna UPT test tu. Tapi, I buat UPT test time tengahari macam tu hahahahaha sebab masa tu memang noob tak tahu apa apa. Tak tahu pun yang UPT test tu advisable untuk guna waktu pagi and bila dah 1-2 weeks tak period. Bukannya dalam masa 1 hari. LOL! So, memang negatif lah keputusannya. Cuma keluar single line je. Masa tu tak lah kecewa pun, cuma macam "Ok tak pregnant. Bila nak period ni" macam tu je lah.

In the mean time tengah tunggu 1-2 weeks yang tak period tu, I dah start baca baca blog & article macam mana orang buat UPT test. Apa result diorang, apa UPT test yang terbaik and etc. And kebetulan, ada colleague I dekat office pun dia 5-month pregnant, so I consult juga dia sikit sikit tanya what and how etc. I cuba jugak google ada tak orang yang positive pregnant tapi macam nak period. Lol! But mostly I baca, semua cakap ada sore breast lah, sakit pinggang lah, kerap kencing lah tapi I tak ada. Tu yang I macam confuse I patut buat another UPT test or not.

And yang suami I pulak dia macam keep track berapa hari dah I tak period. Setiap kali whatsapp or cakap phone, "Sayang dah lambat period 4 hari kan?" Lol! So, I pun dengan penuh tawakal, decide untuk pergi beli pregnancy test dekat watson. I beli satu yang murah, satu yang mahal. Yang murah tu I beli brand 'Dip & Tell' and yang mahal tu I beli yang brand 'Clear Blue'.

And malam tu, I tidur awal. Sebab I dah niat nak bangun awal pagi untuk check UPT test. Hahaha then, pukul 1.30 pagi, I terjaga. 1.30 pagi ye kawan kawan. Tapi macam, "Ahh 1.30 pagi pun dah pagi ni, and dah tidur lama. Urine sepatutnya dah pekat time ni". Konfiden je buat assumption sendiri. So...... I pun mula mula guna lah yang Dip & Tell tu. Mula mula, keluar 1 line. Then I macam "Ok lah" tapi a bit kecewa. Tiba tiba, ada satu lagi garisan samar samar muncul. I terus macam tergamam. Eh betul ke aku ni?? Then, I terus guna yang Clearblue tu sebab yang tu kan macam accurate sikit. Alhamdulilah... Terus keluar "Pregnant. 2-3 weeks". Then bila I tengok balik yang Dip & Tell tu, memang dah terus pekat dah 2 garisan. Tak ada samar samar dah. 

Masa tu, I rasa macam tak percaya sangat! Excited campur tak percaya. I terus call call suami I. Kesian dia haha I call dia suruh tengok whatsapp. Ya Allah masa tu kita dua happy sangat. Suami I sampai menangis terharu. I happy sangat sebab suami I terharu. Sebab I ada baca certain husband macam bagi respond happy tak happy je haha.

Then, dari pukul 1.30 pagi tu sampai ke pagi tu terus tak boleh tidur dah sebab excited. Pagi tu I mc sebab I rasa tak fit untuk pergi kerja dengan keadaan tak tidur and terus I pergi clinic. Doctor bagi I folic acid semua and confirmkan I dah 5 weeks pregnant.

So next week I dah pergi check kandungan I. I harap kandungan I normal and nampak lah kantung ke, yolk sac ke apa apa lah.

Ok tu je pengalaman I tahu I pregnant. 

xoxo,
-MF

Monday, 22 August 2016

Tempahan kad kahwin

Hello everyone,

Untuk pengetahuan semua, I akan berkahwin pada bulan September ni (Please doakan rumah tangga I diberkati, berkekalan hingga ke anak cucu please!), Insyaallah. So, macam banyaaaaak benda benda nak kena selesaikan.

Contohnya kad kahwin. So untuk kad kahwin, disebabkan tunang I bekerja di luar kawasan, I adalah orang yang kena ambil alih tugas buat kad kahwin untuk majlis untuk dua dua belah pihak. 

Untuk majlis belah perempuan, I telah menggunakan khidmat UniPrint Kad Kahwin untuk print kad kahwin majlis resepsi I. Kedai UniPrint ni ada dekat Pertama Complex dekat dengan bangunan Medan Mara. Sebab I malas nak pergi sampai Bangi, Kajang semua tu untuk buat kad kahwin haha dasarrrrrrrr.. Harga dia, I rasa macam mahal sikit tapi macam ok lah sebab I dapat free gift macam penanda arah dan bunting untuk letak dekat depan pintu dewan nanti. Tapi servis dia sumpah tiptop! I deal dengan agent dia I tak tahu nama apa tapi dia suruh panggil "B" je. Very responsive and dia memang akan layan kita sampai kita puas hati. Bagus! I sangat recommend kedai ni.


So, cantik tak? Hahaha I suka je sebab warna biru (dalam ni tak nampak macam biru sangat?) and malas nak kisah sangat sebab at the end of the day, masuk ke tong sampah juga....... HAHAHAHA 

Untuk majlis resepsi pulak, I telah menggunakan khidmat Kadkahwinku.com. Oh my god, kalau you memang pentingkan customer service yang bagus, I memang suggest korang untuk buat card dekat sini. Actually, I dah tempah card kahwin untuk belah lelaki dah lama sangat macam bulan Februari macam tu. Itupun sebab I follow instagram diorang and time tu diorang ada buat promotion RM0.25/sekeping. Like whaaaaat murah gila ok! So I terus confirmkan dengan tunang I untuk tempah slot tu terus. Theeeeeeen dah lamaaaaa sangat, bulan 8 baru terhegeh hegeh nak confirmkan card. Padahal majlis bulan 9 ni. Haha gila siapa tak pening dapat customer macam I. Tapi diorang still rileks and cool je layan kitorang. So last week, kitorang dah pergi ambik card ni dekat Kajang. And paling terharu (ceyy) bila nak collect card tu, atas resit tu macam ada tulis "Super Urgent" like penuh satu kertas hahahahaha lawak gila! Tapi macam suka lah sebab walaupun salah kita, diorang still layannn je. Terima kasih team Kadkahwinkudotcom. You guys rock!


Ha ni lah hasil card yang penuh dekat stamp "Super Urgent" tu.. Haha simplekan? But so sweet :) I suka je!

Ok lagi satu, berdasarkan pengalaman I nak buat card kahwin ni, I memang ada masalah nak cari peta. LOL! Nasib lah I buat dekat dewan, so, adalah satu blog ni dia attached card kahwin dia yang ada peta dewan tu. Selamaaaaaaaaaat. Yang macam side lelaki pulak, nasib baik lah kawan tunang I ni dia pandai guna software apa tah yang architect engineer ni semua guna untuk lukis map. 

So, untuk do you guys a favor, I akan attach dekat sini peta untuk dewan resepsi I iaitu Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid so that siapa siapa yang nak guna pun, boleh cari dekat sini je.

Peta Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid (JKR)
Ok tu je buat masa sekarang. 

xoxo,
-MF


Thursday, 24 March 2016