Monday, 22 August 2016

Tempahan kad kahwin

Hello everyone,

Untuk pengetahuan semua, I akan berkahwin pada bulan September ni (Please doakan rumah tangga I diberkati, berkekalan hingga ke anak cucu please!), Insyaallah. So, macam banyaaaaak benda benda nak kena selesaikan.

Contohnya kad kahwin. So untuk kad kahwin, disebabkan tunang I bekerja di luar kawasan, I adalah orang yang kena ambil alih tugas buat kad kahwin untuk majlis untuk dua dua belah pihak. 

Untuk majlis belah perempuan, I telah menggunakan khidmat UniPrint Kad Kahwin untuk print kad kahwin majlis resepsi I. Kedai UniPrint ni ada dekat Pertama Complex dekat dengan bangunan Medan Mara. Sebab I malas nak pergi sampai Bangi, Kajang semua tu untuk buat kad kahwin haha dasarrrrrrrr.. Harga dia, I rasa macam mahal sikit tapi macam ok lah sebab I dapat free gift macam penanda arah dan bunting untuk letak dekat depan pintu dewan nanti. Tapi servis dia sumpah tiptop! I deal dengan agent dia I tak tahu nama apa tapi dia suruh panggil "B" je. Very responsive and dia memang akan layan kita sampai kita puas hati. Bagus! I sangat recommend kedai ni.


So, cantik tak? Hahaha I suka je sebab warna biru (dalam ni tak nampak macam biru sangat?) and malas nak kisah sangat sebab at the end of the day, masuk ke tong sampah juga....... HAHAHAHA 

Untuk majlis resepsi pulak, I telah menggunakan khidmat Kadkahwinku.com. Oh my god, kalau you memang pentingkan customer service yang bagus, I memang suggest korang untuk buat card dekat sini. Actually, I dah tempah card kahwin untuk belah lelaki dah lama sangat macam bulan Februari macam tu. Itupun sebab I follow instagram diorang and time tu diorang ada buat promotion RM0.25/sekeping. Like whaaaaat murah gila ok! So I terus confirmkan dengan tunang I untuk tempah slot tu terus. Theeeeeeen dah lamaaaaa sangat, bulan 8 baru terhegeh hegeh nak confirmkan card. Padahal majlis bulan 9 ni. Haha gila siapa tak pening dapat customer macam I. Tapi diorang still rileks and cool je layan kitorang. So last week, kitorang dah pergi ambik card ni dekat Kajang. And paling terharu (ceyy) bila nak collect card tu, atas resit tu macam ada tulis "Super Urgent" like penuh satu kertas hahahahaha lawak gila! Tapi macam suka lah sebab walaupun salah kita, diorang still layannn je. Terima kasih team Kadkahwinkudotcom. You guys rock!


Ha ni lah hasil card yang penuh dekat stamp "Super Urgent" tu.. Haha simplekan? But so sweet :) I suka je!

Ok lagi satu, berdasarkan pengalaman I nak buat card kahwin ni, I memang ada masalah nak cari peta. LOL! Nasib lah I buat dekat dewan, so, adalah satu blog ni dia attached card kahwin dia yang ada peta dewan tu. Selamaaaaaaaaaat. Yang macam side lelaki pulak, nasib baik lah kawan tunang I ni dia pandai guna software apa tah yang architect engineer ni semua guna untuk lukis map. 

So, untuk do you guys a favor, I akan attach dekat sini peta untuk dewan resepsi I iaitu Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid so that siapa siapa yang nak guna pun, boleh cari dekat sini je.

Peta Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid (JKR)
Ok tu je buat masa sekarang. 

xoxo,
-MF


No comments:

Post a Comment